Petua Hilangkan Jeragat Orang Kampung
Hari ni Ira akan share pula dekat semua berkenaan petua hilangkan jeragat. Haa! Tahu kan jeragat ni bukan sejenis penyakit kulit yang berbahaya tetapi mencacatkan penampilan seseorang lagi-lagi yang bekerjaya kan?Jom ikut petua hilangkan jeragat yang Ira nak kongsi ini.
Memang tidak dinafikan bahawa setiap orang pasti akan mengalami masalah kulit tanpa mengira peringkat usia dan sebab itu la pakar kulit sangat menekankan rutin penjagaan kulit bagi anda bebas dari masalah jeragat ini.
Baca Juga : 7 Tips Menghilangkan Jerawat Sebelum Bertambah Banyak
Macam mana rupa jeragat ni?
Jeragat ni berbentuk bintik-bintik atau tompok-tompok hitam atau coklat yang penuh berada di pipi , dahi dan hidung dan sudah tentu menjadikan tona kulit kita tak sekata.Bila jeragat ini berlaku di wajah kita lagi-lagi yang bekerjaya semestinya menjadi masalah kurang keyakinan berhadapan dengan orang ramai,keluarga ,rakan-rakan terutama sekali yang dah ada suami , mesti kadang-kadang rasa murung takut suami tak berapa suka tengok muka kita.
OK! Jadi apa punca sebenarnya jeragat boleh terjadi?
Jeragat ni berpunca antaranya ialah :
- Kulit yang selalu terdedah kepada sinaran UV cahaya matahari.
- Kurang beri perhatian terhadap rutin penjagaan kulit seperti tidak memakai sunblock.
- Pengambilan ubat-ubatan yang mengawal hormon anda seperti pil perancang atau pil hormon thyroid.
- Pemakaian alat solek yang bermutu rendah dan tidak berkualiti.
- Tidak membersihkan secara betul tanpa mengunakan makeup remover.
- Faktor genetik
Dan banyak lagi sebenarnya punca-punca jeragat terjadi.
Jeragat ni mengambil masa yang lama untuk hilangkan sebab itu kita kena konsisten dalam rutin penjagaan kulit barulah nampak hasil.Tak cemburu ke tengok muka kawan-kawan yang bebas jeragat ni.Haa jadi ira sebab itulah ira akan kongsi Petua Hilangkan Jeragat Secara Tradisional.
Petua Hilangkan Jeragat Guna Bahan Semulajadi
1)MADU
Ambil madu dan gula untuk dijadikan sebagai skrub.Biarkan dalam 15-20minit ,kemudian boleh bilas dengan air.Amalkan 3 kali seminggu.
Madu berpotensi untuk menanggalkan sel kulit mati kerana kandungan asid organiknya, seperti gluconic acid, lalu berpotensi mencerahkan kulit selain berfungsi sebagai anti radang dan antibakteria.
2)BETIK
Ambil isi buah betik dan ramaskan isinya untuk dijadikan sebagai mask. Urut di muka secara perlahan-lahan. Bilas dengan air bersih.
Betik mempunyai enzim dikenali papain yang berpotensi mencerahkan pigmentasi dan membuang sel kulit yang mati.
3)DAUN SIREH
Ambil beberapa daun sireh muda, kemudian simpan daun sireh ini di dalam peti sejuk. Setiap pagi ambil sehelai daun sireh dan gosokkan di kawasan jeragat. Biar kering sebentar dan bilas dengan air suam.
4) HAMPAS KELAPA
Hampas kelapa selepas diperah santannya jangan dibuang tau. Ambil sedikit hampas kepala tu kemudian gosok-gosok di muka, biar selama 15 min kemudian cuci dengan air suam. selain boleh memudarkan jeragat ia juga boleh menghalus dan menggebukan kulit.
5) KULIT PISANG
Jika makan pisang tu jangan lagi buang kulitnya tu. Sapu-sapu dulu di kawasan yang naik jeragat tu, biar kering sekejap kemudian bilas dengan air.
6)KUNYIT
Tumbuk 1cm kunyit hidup hingga lumat, campurkan sedikit tepung ubi dan juga perahan air limau nipis/purut srta 1 biji putih telur. Gaul sebati dan sapu di muka. Biar lebih kurang 20 minit kemudian bilas dengan air suam.
7)ALOE VERA
Ambil daun lidah buaya atau lebih dikenali aloevera kemudian basuh dahulu dengan bersih.Belahkan kepada dua bahagian dan ambil gel lidah buaya tu dan sapu dimuka dengan lembut.Biarkan sehingga kering kemudian bilas dengan air.
Haa mudahkan nak buat petua hilangkan jeragat ni.Tapi ia faham ramai wanita-wanita luar sana tak punya masa nak buat semua ni disebabkan masa terlalu terhad.
Jadi Ira akan kenalkan satu produk yang boleh menyelesaikan masalah anda.Produk ini membantu anda menjimatkan masa rutin penjagaaan kecantikan diri.Di samping itu,packaging yang mudah dibawa kemana-mana dan tahan panas cahaya matahari.
Petua Hilangkan Jeragat Zaman Sekarang
Magic Jelly dari LOVERA hanya kaya dengan bahan-bahan semulajadi .Tiada bahan kimia berbahaya.Mendapat kelulusan dari KKM dan Halal dari Jakim.
Bahan-bahan semulajadi yang terdapat dalam Magic Jelly ini ialah Aloevera,Chamomile,Timun dan Sengkuang .Masing-masing mempunyai kelebihan yang baik antaranya menghilangkan jeragat,jerawat,parut,luka,kulit gatal,bibir kering dan macam-macam lagi.
Produk yang dihasilkan berasakan AIR YANG TIDAK MELEKIT dan tekstur gel yang sejuk dan mudah meresap kedalam kulit supaya dapat merawat masalah kulit dengan cepat.
Anda boleh lihat Testimonial pengguna Magic Jelly di link bawah ini:
LIHAT SINI TESTIMONI PENGGUNA LOVERA
Bukan semua boleh terima masalah jeragat ni,ada yang memang sampai stress.Kurang keyakinan diri dan malu nak keluar rumah.Mungkin anda dah cuba pelbagai kaedah sebelum ini.Apa kata anda cuba pula petua hilangkan jeragat yang Ira kongsikan ini.
Baca Juga : 5 Cara Hilangkan Jeragat Secara Semulajadi
Pingback: 3 Petua Hilangkan Bekas Jerawat - Lemak Manis