Jom Cuba Tips Menghilangkan Jerawat Dengan Bahan Semulajadi
Tips menghilangkan jerawat ini sangat mudah untuk dilakukan.Mungkin ada tips menghilangkan jerawat yang lebih berkesan.Anda boleh komen di bahagian bawah supaya ramai yang mendapat manfaat.
Masalah jerawat ni sering berlaku kepada kaum wanita. Terutamanya golongan remaja.Tetapi bukan wanita sahaja,kaum lelaki pun ada jerawat tau. Banyak punca berlaku nya jerawat ni antaranya alahan makanan,masalah hormon,salah rutin penjagaan kulit dan macam-macam punca lagi.
Jerawat merupakan merupakan penyakit yang mempengaruhi kelenjar minyak pada kulit. Lubang kecil di kulit (pori-pori) terhubung dengan kelenjar minyak di bawah kulit. Kelenjar ini membuat zat berminyak yang disebut sebum tersumbat dan jadilah JERAWAT atau PIMPLES.
Ini Tips Menghilangkan Jerawat Anda
ASAM JAWA
- Ambil sedikit asam jawa dan campurkan dengan sedikit air.Jangan bancuh terlalu cair.Jadikan sebagai mask kemudian sapu kemuka hingga kering.Amalkan setiap hari sebelum tidur .In shaa Allah beransur pulih.
ALOE VERA
- Cari Aloe Vera kemudian belahkan kepada dua bahagian dan keluarkan jelly nya.Sapu jelly ke muka dan biarkan selama 20 minit dan bilas dengan air..Amalkan tiga kali seminggu,sebaiknya sebelum tidur.
Baca Juga : 5 Cara Hilangkan Jeragat Secara Semulajadi
KULIT KAYU MANIS
- Beli serbuk kulit kayu manis dan campurkan dengan air dan bedak sejuk.Sapu di muka sehingga kering.Amalkan 3 kali seminggu pasti jerawat beransur pulih.Serbuk jangan letak banyak sangat.Sebab kayu manis bersifat panas.Pedih muka nanti.
MADU DAN LEMON
- Colek sedikit madu dan perahan lemon.Gaulkan sebati, kemudian sapu di muka sebelum tidur.Esok pagi cuci dengan air suam.Amalkan sehari dua kali.Madu tu pastikan yang asli ye,bukan madu untuk masakan.Tak pasal-pasal bersemut muka esok pagi.Huhu..
Tips Menghilangkan Jerawat Guna Kunyit
SERBUK KUNYIT
- Ambil sedikit serbuk kunyit dan sesudu yogurt.Campurkan sebati jangan terlalu cair.Sapukan dimuka dan biarkan 30minit kemudian bilas.Kalau nak guna kunyit hidup pun boleh tapi nanti muka akan kekuningan sedikit.Cuci muka dengan scrub supaya kuningnya mudah tanggal.Lebihan yogurt bolehla makan.Beli yogurt asli,jangan perisa strawberry pula.
AIS BATU
- Yang ini paling senang nak buat.Ambil dekat peti ais dan sapu dimuka sebelum tidur dan selepas bangun tidur.Bukan sahaja jerawat kecut tapi boleh tegangkan kulit.
TIMUN
-Blender timun tu dengan kulit-kulit sekali.Jangan terlalu cair.Sapukan dimuka dengan lembut sehingga kering kemudian bilas dengan air .Amalkan setiap hari sebelum tidur.
Haa mudahkan?
Semuanya menggunakan bahan semulajadi tanpa perlu was-was.Jadi sesiapa ada masalah jerawat boleh cuba tips menghilangkan jerawat ini.
Kalau malas sangat haa meh saya nak kenalkan satu produk yang ada menggunakan salah satu bahan seperti diatas iaitu ALOE VERA. Produk ni tak mahal mana pun, tak sampai RM5 pun. Boleh cek harga DI SINI.
Baca Juga : Petua Hilangkan Bekas Jerawat
Pingback: Petua Hilangkan Jeragat Turun Temurun - Lemak Manis