Petua Hilangkan Bekas Jerawat
Memang banyak petua hilangkan bekas jerawat, tapi adakah ia sesuai dengan kulit kita? Tak semua petua hilangkan bekas jerawat itu berkesan. Ini kerana setiap orang mempunyai kulit yang berbeza.
Sebelum ni kalau nak tutup bekas jerawat kena tepek-tepek mekap kan? Takpun guna plaster “Acne Patch” tu betul tak?
Jom amalkan petua ini,mudah2 an ianya berkesan.
Secara umumnya, anda tidak akan dapat menghilangkan bekas jerawat dalam satu malam.Tetapi penggunaan produk, rawatan dan petua-petua penjagaan kulit dapat mengurangkan seterusnya menghilangkan bekas jerawat tersebut.
Baca Juga : Petua Hilangkan Jeragat Turun Temurun
Pastikan Petua Hilangkan Bekas Jerawat Ini Sesuai Dengan Kulit Anda
1) Menggunakan Madu dan Putih Telur Sebagai Mask Muka
- Penggunaan madu dan putih telur boleh digunakan utk menghilangkan bekas jrwt secara cepat.Caranya ialah ambil madu dan putih telur.Campurkannya dan jadikannya sebagai mask muka.
- Lakukan sebelum tidur dan biarkan sehingga kering Esok pagi baru bilas dengan air.Buat secara konsisten ya.
2) Menggunakan Gel Lidah Buaya
- Lidah buaya dikenali sebagai aloe vera iaitu tumbuhan yang dapat memberikan kesuburan rambut dan menghilangkan pelbagai masalah kulit muka.Gel lidah buaya ini juga dapat menghilangkan bekas jerawat dengan mudah.Caranya campurkan gel lidah buaya dengan putih telur dan sapukan di muka.
- Biar sehingga 30minit kemudian bilas dengan air sejuk.Lakukan setiap hari sebelum tidur, In shaa Allah bekas jerawat akan beransur hilang.
Petua Hilangkan Bekas Jerawat Guna Tomato
3) Menggunakan Tomato Sebagai Mask Muka
- Tomato yang kaya dengan kandungan vitamin C ini dapat membantu masalah bekas jerawat atau kulit kering.
- Caranya ialah ambil sebiji buah tomato dan ramas2 sehingga keluar airnya.Sapukan dimuka anda secara lembut dan biarkan sehingga kering kemudian bilas dengan air.
- Bukan sahaja dapat hilangkan bekas jerawat malah juga dapat mencerahkan kulit.
- Lakukan setiap hari sebelum tidur.Selain sapu di muka,tomato juga boleh dimakan.Lepas ni kalau nampak tomato dalam makanan jangan asingkan letak tepi pula ya.Banyak khasiat tomato ni.
Cara yang paling mudah sebenarnya gunakan lidah buaya, kalau ada tanam di rumah lebih baik. Mana yang tidak ada, jangan risau sekarang ni semua di hujung jari.
Beli sahaja gel lidah buaya banyak di pasaran. Harga pun tak sampai 5 ringgit
Klik Sini Tengok Harga Gel Lidah Buaya
Semoga petua hilangkan bekas jerawat ini berkesan pada anda.
Baca Juga : 5 Cara Hilangkan Jeragat Secara Semulajadi
Pingback: 7 Tips Menghilangkan Jerawat Sebelum Bertambah Banyak - Lemak Manis